Salahkah jadi Juara Dunia Magic The Gathering

Post dalam Bahasa Malaysia (sempena Hari Raya Aidilfitri & Hari Merdeka ke 54).

Kronologi kisah.

  1. Blogger Gizmodo, Alyssa Bereznak meluahkan pengalaman temujanjinya bersama Jon Finkel, Juara Dunia permainan berasaskan kad, Magic The Gathering melalui servis OkCupid. Dalam artikelnya “My OkCupid Affair With A World Champion Magic: The Gathering Player”, dia menyatakan perasaan kecewa dengan pertemuan itu hanya kerana hobi Jon. Artikelnya menggambarkan salah satu lagi “kisah seram” pengalaman mencari teman melalui OkCupid.
  2. Gizmodo, merupakan penerbitan bagi golongan geekĀ danĀ techies. Sudah semestinya artikel Alyssa tersebut bakal menerima kritikan (kutukan) hebat.
  3. Facebook page Gizmodo menerima komen-komen negatif dari para pembaca.
  4. Editor Gizmodo Australia sendiri menyatakan reaksi bantahan terhadap artikel Alyssa tersebut.
  5. Seluruh internet menyatakan bantahan terhadap artikel Alyssa.
  6. Jon Finkel, dengan selamba dan rilex menjawab balik soalan-soalan mengenai temujanji tersebut di reddit.